|
KUCHING: Produk ‘Recycle Plastic Powder’ yang dapat menggantikan pasir dalam penghasilan batu bata akan terus dikaji untuk rancangan komersial.
Ia merupakan hasil reka cipta dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong iaitu Wilson Mujang Nyuwak, 17, dan Sharifah Badriatul Afiqah Wan Madihi, 17, menerusi projek ‘The Potential of Polyethlene Terepthalate in the Production of Brick – From Waste to Wealth.’
Produk tersebut menerima Anugerah Emas pada pameran International Sustainable World Energy Engineering Environment Project Olympiad (I-SWEEEP) 2013 Awards di Houston Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 8 hingga 13 Mei lalu.
Justeru, guru pembimbing Wilson dan Sharifah, Saffrin Mukhar Mohd Salleh berkata, kajian untuk rancangan komersial tersebut akan melibatkan kolaboratif antara MRSM Betong dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
“Kami masih meneruskan kajian dan akan terus berkolaboratif dengan UNIMAS sehingga produk dihasilkan betul-betul dapat mencapai keperluan dan kehendak semasa,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini,... |